Powered By Blogger

Wednesday, November 26, 2008

InDoNeSiA...



Lawatan ke Pulau Toba, Indonesia memberikan kenangan manis kerana dapat melihat kehidupan kaum orang asli di pulau tersebut atau lebih dikenali dengan kaum BATAK yang sangat ditakuti pada satu ketika dulu kerana kaum ini dipercayai makan daging manusia...namun cerita itu memang benar berlaku pada zaman dahulu tetapi mereka hanya makan daging manusia yang akan membuat kesalahan besar yang dimurkai oleh ketua kaum mereka atau raja....pesalah ini akan dihukum dengan diikat kaki dan tangannya dan ditarik hingga tegangg di atas batu seterusnya dikelar-kelar tubuhnya kemudian ditabur garam ditempat yang dikelar tersebut bagi pesalah tersebut mengaku kesalahannya..., hukuman ini biasanya dilakukan ke atas pesalah yang mempunyai ilmu hitam atau kebal...dan akhir sekali pesalah ini akan dipenggal kepalanya dan dibuang ke dalam hutan. Raja pula orang pertama yang akan memilih salah satu organ dalamannya dan dimakan mentah dan seterusnya bahagian anggota dan organ yang lain akan dipotong dan dibahagi sama rata kepada semua kaum batak....itulah kisahnya...dan gambar ni adalah rumah orang besar di perkampungan orang batak pada zaman dahulu yang masih dipelihara bagi tujuan pelancongan....

Tuesday, November 25, 2008

Perjalanan Hidup Manusia

Manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Dia Yang Esa...

Perjalanan hidup yang ibarat mengemudi sebuah kapal yang terumbang-ambing belayar di tengah lautan...dan kita sebagai manusia yang bertanggungjawab terhadap semua yang dipertanggungjawabkan oleh-Nya perlu mengemudi kapal yang diibarat hidup kita dengan sebaiknya agar tidak terbalik atau hanyut serta karam terus di lautan yang tiada berpenghujung...biarlah hidup kita diisi dengan penuh pengalaman walau sepahit atau semanis manapun pengalaman itulah yang terbaik untuk dilalui daripada terpesong dan menyesal tanpa misi hidup yang sempurna di kemudian hari..

Favorite Movie